PROGRAM : HARI BERSAMA DASHBOARD KOMUNITI

 

Tarikh   : 23 September 2017

Masa     : 8.30am-2.00pm

Lokasi   : Bilik Latihan PI1M Kg Tanjung 

               Bundung

Peserta : 60 orang

 

Tujuan

Program ini dihadiri oleh 60 orang ahli PI1M Kg Tanjung Bundung. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memastikan ahli PI1M setiap bulan diberi bimbingan mengenai ICT, KDB dan Dasboard. Ia juga untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta tentang akibat penyalahgunaan media sosial. Memberi pengetahuan dan kesedaran tentang penggunaan aplikasi ICT serta membiasakan peserta mengaplikasikan kemudahan ICT dengan lebih mendalam. Dalam masa yang sama, ia dapat menyemai nilai positif dalam penggunaan internet dan menarik minat ahli-ahli PI1M untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PI1M. 

Aktiviti
Ahli PI1M Kg Tanjung Bundung dikehendaki memuat turun applikasi Dashboard Komuniti melalui Playstore dan login applikasi tersebut ,peserta yang memuat turun apps tersebut akan diberikan goodies berupa fail , selain itu peserta juga bertanding menaip dengan pantas mengikut kategori iaitu dewasa ,kanak-kanak ,waraga emas .Selain dari itu, Para peserta digalakkan untuk menggunakan kemudahan I-Health yang di sediakan di pim kpg tanjung bundung .