Kemudahan Asas kawasan setempat

 
Terdapat pelbagai kemudahan asas yang telah disediakan berhampiran dengan Kampung Tanjung Bundung bagi membantu meningkatkan tahap sosioekonomi serta keselesaan masyarakat sekitarnya.Antara kemudahan asas yang disediakan antaranya ialah bekalan air bersih serta bekalan elektrik selama 24 jam. Bekalan air ini adalah dibawah Jabatan Bekalan Air Kuching ( KWB ) serta bekalan elektrik pula adalah dibawah Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO). Kemudahan asas bagi aspek perhubungan pula, Kampung Tanjung Bundung telah dibekalkan dengan kemudahan telefon awam oleh Telekom Malaysia ( TM ). Liputan talian merangkumi Telekom Malaysia, Celcom, Digi, Maxis serta U-mobile turut disediakan. Kemudahan Jalan raya yang berturap untuk menghubungkan penduduk dengan bandar-bandar berdekatan serta kawasan perindustrian yang membantu dari segi kelancaran aktiviti harian masyarakat setempat juga disediakan dibawah Jabatan Kerja Raya Samarahan ( JKR ). Seterusnya, bagi golongan yang kurang berkemampuan serta golongan pelajar dan pekerja yang tidak memiliki kenderaan sendiri, kemudahan bas henti-henti, kereta sapu dan van sapu juga turut disediakan bagi menghubungkan Kota Samarahan ke Bandar berdekatan seperti Bandar Kuching. Kadar tambang juga dikenakan mengikut jarak yang dikehendaki oleh para penumpang. Kemudahan tersebut disediakan pada setiap hari bermula pada jam 5.30 pagi sehinggalah jam 10.00 malam. Selain itu juga, kemudahan feri dan perahu tambang juga turut disediakan bagi menghubungkan Kota Samarahan ke daerah Asajaya.Kemudahan ini disediakan berdekatan dengan Kampung Tanjung Bundung kerana berhampiran dengan sungai Samarahan. Bagi kemudahan feri, waktu operasi adalah bermula pada jam 4.00 pagi sehingga 11.00 malam bergantung kepada kadar pasang surut air sungai Samarahan. Kadar cas pula adalah RM 1.00 bagi kereta dan RM 2.00 bagi kenderaan berat seperti trak dan lori. Bagi motorsikal dan juga kenderaan kerajaan, cas percuma dikenakan. Namun begitu, sekiranya air surut, pengguna dan juga penunggang motorsikal boleh menggunakan kemudahan perahu tambang yang boleh memuatkan penumpang dengan motorsikal pada sesuatu masa.Cas tambang dikenakan bagi menyeberangi sungai tersebut adalah RM2.00. Tersedianya kemudahan ini, maka masyarakat Kota Samarahan boleh berhubung ke Asajaya yang jaraknya antara 25 kilometer. Terdapat juga kemudahan-kemudahan agensi kerajaan, swasta mahupun daripada badan berkanun untuk kemudahan rasmi masyarakat Kota Samarahan.Antaranya ialah Pejabat Pos Kota Samarahan. Jarak kemudahan ini dengan Kampung Tanjung Bundung adalah sekitar 4 kilometer. Kemudahan ini akan memudahkan masyarakat setempat dapat menghantar surat melalui pos, membuat pembayaran bil utiliti serta urusan lain yang disediakan. Disamping itu juga, kemudahan Pejabat Wisma Persekutuan Kota Samarahan yang menyediakan jabatan pendaftran untuk mendaftar kad pengenalan dan juga pendaftran kelahiran turut disediakan.Untuk tujuan pendaftaran dan bantuan ukur tanah, jabatan tanah dan survey juga turut dibina di daerah ini.Kemudahan-kemudahan lain antaranya ialah Mahkamah Majistret Kota Samarahan untuk tujuan perbicaraan.