USAHAWAN KECIL

Nama

: Dayang Kartini bt Abg Musthapa

Umur

: 28 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Puan Dayang kartini merupakan suri rumah dan mula berkecimpung minat membeli Tupperware sejak berkahwin pada tahun 2015. Beliau mula berminat menjadi upline tupperware sejak Disember 2017 yang lalu .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Puan Dayang Kartini hanya menjual barangan Tupperware melalui saudara mara terdekat sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg tanjung bundung, beliau kini telah mempunyai downline sendiri. Pelanggan beliau terdiri daripada rakan-rakan yang mengenali beliau. Beliau juga kini mempunyai pendapatan sendiri yang lebih besar berbanding sebelum ini.

BELAJAR ASAS KOMPUTER, MENAIP DAN MELAYARI INTERNET

Nama

: Nur Zahirah Binti Sarial

Umur

: 9 tahun

Ahli

: 2017

Latar belakang

Nur Zahirah binti Sarial berumur 9 tahun dan merupakan pelajar di SK Agama Ibnu Khaldun Kota Samarahan. Dia merupakan anak ke-5 daripada 5 adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kemahiran asas komputer yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tanjung Bundong, Zahirah tidak tahu cara melayari internet dengan betul dan menggunakan aplikasi komputer seperti microsoft word untuk membuat kerja sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas penglibatan dalam kelas yang telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tanjung Bundong, Zahirah telah mengetahui cara melayari internet, cara menggunakan Microsoft word untuk membuat jadual, rajah, surat dan sebagainya selepas mengikuti kelas asas komputer yang di adakan di PI1m Kg Tjg Bundung secara berkala