Kelab Sepak Takraw Tanjung Bundung merupakan antara kelab sukan yang terdapat di kampung Tanjung Bundung. Kelab ini terdiri daripada golongan dewasa, remaja dan belia kampung Tanjung Bundung yang aktif menjalankan aktiviti riadah dan permainan takraw. Kelab ini dianggotai oleh seramai 50 orang ahli.

Jiran Muda KRT Lot Fasa 2 Kampung Tanjung bundung merupakan antara persatuan belia yang terdapat di Kampung Tanjung Bundung. Persatuan ini merupakan kumpulan belia di bawah KRT Lot Fasa 2 yang bertujuan untuk menjalankan aktiviti belia di bawah KRT dan juga merupakan kumpulan Hadrah yang sering membuat persembahan Hadrah di majlis rasmi kerajaan dan majlis perkahwinan. Persatuan ini dianggotai lebih kurang 60 orang ahli remaja/belia dari kampung Tanjung Bundung dan diketuai oleh Encik Junaidi bin Kaderi. 

Skuad Sukarelawan Tanah Kubur merupakan antara persatuan belia yang terdapat di Kampung Tanjung Bundung.Skuad ini dipengerusikan oleh Encik Adi bin Amat. Antara fungsi Skuad Sukarelawan Tanah Kubur ini adalah untuk menguruskan dan menjaga tanah kubur dan memastikan kawasan perkuburan bersih. Selain itu, mereka juga menguruskan penggalian tanah kubur di tanah perkuburan dan membantu menguruskan jenazah. Skuad ini dianggotai lebih kurang seramai 70 orang belia kampung Tanjung Bundung.

 

Kumpulan Veteran & Junior Kampung Tanjung Bundung merupakan antara persatuan  yang terdapat di Kampung Tanjung Bundung. Kumpulan ini dipengerusikan oleh Encik Bakar bin Narawi. Kumpulan Veteran & Junior ini menguruskan majlis-majlis di kampung Tanjung Bundung seperti majlis akad nikah, persandingan, pertunangan dan sebagainya.