JKKK

 

Kampung Tanjung Bundung merupakan salah satu kampung di Daerah Samarahan. Kampung ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Tanjung Bundung Tradisi, Tanjung Bundung Lot Fasa 1 dan Tanjung Bundung Lot Fasa 2. Kampung ini juga ditadbir oleh seorang Penghulu. Beliau dibantu oleh Ketua Kampung Tanjung Bundung Lot Fasa 1 dan Tanjung Bundung Lot Fasa 2 disamping Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) yang telah dilantik. Anggaran hamper 5000 orang penduduk telah menghuni kampung ini sehingga 2013 dan jumlahnya dijangka meningkat pada setiap tahun.