Sejarah

 

SEJARAH

 

Sejarah penubuhan Kampung Tanjung Bundung sudah bermula sebelum zaman penjajahan Brooke lagi. Kampung ini mula dibuka oleh beberapa keluarga kecil yang berasal daripada Kalaka Saribas. Pada waktu itu, ramai keluarga dari Kalaka Saribas ini berasa ketakutan dan mereka cuba lari dari serangan lanun ketika itu untuk mencari penempatan baru yang lebih selamat. Kepercayaan karut Lanun ketika itu juga cuba untuk memenggal kepala manusia untuk proses penanaman benih padi dan tanaman lain. Disebabkan ketakutan itulah beberapa keluarga dari Kalaka Saribas berhijrah ke Batang Samarahan untuk membina penempatan baru.

 

Asal-usul nama Tanjung Bundung ini adalah berdasarkan penempatan baru keluarga tersebut adalah terletak di sebuahtanjung. Kadudukan tanjung tersebut telah ditumbuhi oleh tumbuhan liar dan kebanyakannya tumbuhan yang diberi namabundung. Oleh sebab itulah kampong tersebut diberi nama Tanjung Bundung atas gabungan kawasanTanjungdan TumbuhanBundung. Sebelum tali raffia diperkenalkan di pasaran, maka bundung tersebutlah merupakan sumber ekonomi penduduk kampong Tanjung Bundung. Taumbuhan bundung tersebut diproses menjadi tali dan dijual kepada pekedai-pekedai untuk tujuan mengikat barangan jualan mereka. Berdasarkan idea tersebutlah maka terciptalah tali raffia pada zaman sekarang untuk menggantikan tali bundung suatu ketika dulu.

 

Jarak Kampung Tanjung Bundung dari Bandar Kuching adalah 35 kilometer menggunakan jalan darat. Pada zaman pemerintahan British, Kampung tersebut telah disukat keluasannya dan dibahagikan kepada beberapa lot. Pada tahun 1984, pentadbiran tanjung Bundung dan juga Muara Tuang terletak dipanggil daerah kecil dan dibawah kuasa pentadbiran daerah Kuching. Setelah pecan kecil Samarahan diangkat sebagai Daerah, maka lebih banyak tanah telah dimajukan oleh pemerintah untuk tujuan  pembangunan termasuklah tanah kampong Tanjung Bundung. Kampung ini juga merupakan kampong yang mempunyai keluasan yang besar dan penduduk yang padat berbanding kampung lain di daerah Samarahan ini.

 

Disebabkan kepadatan penduduk, kerajaan telah membuat pemecahan kepada beberapa fasa iaitu Tanjung Bundung Tradisi, Tanjung Bundung Lot Fasa 1, Lot Fasa 2, Lot fasa 3 dan bakal mewujudkan Lot fasa Empat dan Lot Fasa Lima bermula pada tahun 2013 ini. Sehingga sekarang,jumlah rumah penduduk telah mencecah sekitar 1000 buah rumah dan sentiasa bertambah setiap tahun.